POLIS Thailand menyimpulkan punca kematian pelakon Nida 'Tangmo' Patcharaveerapong yang terjatuh dari bot di Sungai Chao Phraya di Nonthaburi, utara Bangkok pada 24 Februari lalu disebabkan oleh kecuaian.
Lapor laman berita Thaiger, kesimpulan itu dibuat pihak berkuasa ketika membentangkan ringkasan siasatan selama berbulan-bulan pada Selasa selain mengumumkan mendakwa enam suspek, termasuk lima yang berada dalam bot dengan pelakon tersebut.
Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Wilayah 1 di Bangkok, Leftenan Jeneral, Jirapat Phumjit berkata bahawa pihak detektif telah berpuas hati dengan bukti dan testimoni saksi dan menyatakan mereka tidak perlu menyiasat lebih lanjut.
Menurut laporan, polis menjelaskan bahawa Tangmo terjatuh dari belakang bot laju pada jam 10.34 malam (waktu tempatan).
Katanya, kematian pelakon itu bukan angkara pembunuhan. Sebaliknya merumuskan bahawa seseorang telah 'cuai' di dalam bot sehingga menyebabkan kematian Tango atau kes pembunuhan tanpa sengaja.
"Tangmo tidak terjatuh dalam sungai akibat kesilapan sendiri, tetapi seseorang yang telah cuai menyebabkan pelakon itu terbunuh," menurut laporan.
Phumjit berkata, penyiasat membuat kesimpulan bahawa selepas Tangmo terjatuh dalam sungai, daya sedutan enjin bot telah menariknya ke bawah kipas motor dan menyebabkan 26 luka termasuk luka besar di paha kanannya.
Dua bedah siasat menyimpulkan bahawa Tangmo meninggal dunia akibat lemas dan tiada dadah atau bahan lain ditemui dalam sistem badan sehingga boleh melumpuhkannya. - Agensi
Artikel asal ini diterbitkan di portal Gempak
Gempak
Fri Apr 29 2022
Dua bedah siasat menyimpulkan bahawa Tangmo meninggal dunia akibat lemas dan tiada dadah atau bahan lain ditemui dalam sistem badan sehingga boleh melumpuhkannya. - Gambar fail
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
"Saya didera oleh..." - Facebook mendiang Tangmo tiba-tiba kembali aktif
Lebih mengejutkan apabila beberapa status telah dimuatnaik di laman media sosial itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Kecuaian rakan punca kematian Tangmo Nida, 6 ditahan bantu siasatan
Polis Thailand menyimpulkan punca kematian pelakon Tangmo Nida yang terjatuh dari bot di Sungai Chao Phraya di Nonthaburi, utara Bangkok pada 24 Februari lalu disebabkan oleh kecuaian.
3 akan didakwa berhubung kes kematian Tangmo Nida
Seorang wanita berusia 35 tahun dilaporkan ditahan di Balai Polis Muang di daerah Muang di Nonthaburi, Bangkok.
Kematian Tangmo: Polis digesa guna ujian poligraf terhadap 5 saksi utama
Satu jawatankuasa Senat menggesa pihak polis untuk menjadikan kesemua penumpang bersama-sama mendiang aktres Thailand, Tangmo Nida untuk disoal siasat bagi memberikan petunjuk lanjut alam kematiannya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Mac 2022.
Kematian aktres Tangmo Nida: "Kes ini pelik sejak awal lagi" - Pakar forensik Dr Porntip
Kisah kematian aktres popular Thailand, Tangmo Nida masih misteri. Sejak berita kematian pelakon jelita itu mendapat tumpuan dunia, pakar patologi forensik terkenal Thailand, Dr Porntip Rojanasunan.
Kematian Tangmo: Polis siasat rakaman terbaharu 'individu' di atas bot
Rakaman itu menunjukkan seseorang sedang berdiri dan duduk di belakang bot yang dipandu laju sepanjang Sungai Chao Phraya pada malam kejadian.
Bukan konspirasi, polis Thailand klasifikasi kematian Tangmo Nida sebagai kemalangan
Pelbagai teori dibuat banyak pihak sepanjang siasatan untuk mencari punca sebenar kematian Tangmo yang dilaporkan jatuh dan tenggelam di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu.